Haritu buat pasal Rumah Kutai untuk report History of Architecture 3 because dulu saye present about rumah kutai. Disebabkan slide presentation hilang, kami kena buat semula dari awal slide presentation.Ini some information about rumah kutai di Malaysia.
RUMAH KUTAI
- Perkataan Kutai atau Kotai bererti lama atau tua, jadi Rumah Kutai adalah rumah yang telah berusia tua.
-Tidak dapat dinafikan bahawa Rumah Kutai adalah merupakan satu-satunya jenis Rumah Melayu Tradisional di Negeri Perak yang masih didiami oleh penduduk tempatan sejak lebih 200 tahun dahulu dan sehingga kini.
-Petempatan Rumah Kutai adalah terhad di kawasan-kawasan yang tertentu, iaitu di sekitar tebing Sungai Perak, terutama di Perak Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar sahaja.
-Selain daripada itu, sebab utama ia tidak begitu dikenali adalah kerana jumlahnya yang begitu sedikit berbanding dengan rumah lain.
-Di Perak Tengah dan Hilir Perak, terdapat tidak melebihi dari 50 buah rumah yang masih wujud. Manakala di Kuala Kangsar pula, terutamanya di Sayong, Kota Lama Kanan, Kota Lama Kiri dan Menora, jumlahnya tidak melebihi 15 buah.
-Menurut catatan-catatan yang diperolehi, selepas tamatnya Perang Dunia Pertama (1918), Rumah Kutai tidak dibina lagi di Perak.
-Menjelang awal kurun ke-20, senibina Rumah Kutai tidak lagi menarik perhatian rakyat tempatan Negeri Perak. Ini disebabkan oleh pengaruh senibina Rumah Limas mula diperkenalkan di Negeri Perak dan rekabentuk Rumah Limas ini nampaknya dapat memberi keselesaan dan beberapa kemudahan tertentu memandangkan saiznya yang lebih besar.
-Jika ditinjau dari segi sistem pembinaan rumah berbentuk ini, ternyata ia lebih mudah berbanding dengan Rumah Kutai.
-Antara sebab lain mengapa senibina Rumah Kutai tidak dapat berkembang ke seluruh Negeri Perak adalah kerana hubungannya dengan sistem pemerintahan beraja pada ketika itu di mana senibina Rumah Kutai adalah hanya untuk kediaman anggota keluarga raja pemerintah dan orang-orang besar yang mempunyai kaitan dan hubungan yang rapat dengan istana sahaja.
Thursday, November 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment